Di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan pada hari Sabtu, 23hb Mac 2010, Mantan Pengetua SMK Puteri Titiwangsa iaitu Y B'gia Datin Rokiah Yahya menjelaskan di dalam ucapan beliau bahawa untuk mencapai kejayaan (success), Faktor S atau the S-Factors perlu ada pada setiap murid. Ini termasuklah :
1. Be Strong
2. Have the Spirit
3. Make Sacrifices
4. Develop Strategies
5. Has Social Ability
6. Study
Sunday, March 28, 2010
Tuesday, March 23, 2010
PIBG SMKPT sedang menjalankan usaha jualan meja untuk Majlis Makan Malam Amal di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa pada hari Sabtu, 17hb April 2010 dengan harga RM50 seorang atau RM500 untuk satu meja. Bagi sesiapa yang ingin menyertai majlis ini sambil menyumbang ke arah menambah dana PIBG, sila hubungi pihak sekolah atau menalipon saya, di talian 019-202-7667.
Tuesday, February 23, 2010
Pada 8hb Februari 2010 lepas, Majlis Persaraan Pengetua SMKPT, Y.B'gia Datin Rokiah Yahya telah berlangsung dengan penuh kemeriahan diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh murid-murid. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua-Pengetua dari sekolah-sekolah dari Wilayah Persekutuan, AJK-AJK PIBG dan bekas guru-guru SMKPT. Di penghujung persembahan, suami tercinta Datin telah sudi datang ke majlis untuk menyampaikan sejambak bunga. Acara "send off" agak menyayat hati apabila kelihata ramai di antara guru-guru yang menitiskan air mata sedih perpisahan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuala Lumpur. Kami semua mengucapkan Selamat Bersara dan Berbahagia kepada Datin Rokiah!
Wednesday, October 22, 2008
VISI SEKOLAH
Visi Sekolah
Menjadikan sekolah sebuah institusi
pendidikan bistari dengan iklim
pembelajaran yang memberangsangkan
dan sistem pengurusan berbudaya cemerlang
serta melahirkan pelajar yang berupaya
menghadapi cabaran globalisasi
Menjadikan sekolah sebuah institusi
pendidikan bistari dengan iklim
pembelajaran yang memberangsangkan
dan sistem pengurusan berbudaya cemerlang
serta melahirkan pelajar yang berupaya
menghadapi cabaran globalisasi
MISI SEKOLAH
Misi Sekolah
Melahirkan pelajar cemerlang dari
segi akademik, kokurikulum, sahsiah,
celik ICT, sesuai dengan potensi diri
dan aspirasi dunia pendidikan
Melahirkan pelajar cemerlang dari
segi akademik, kokurikulum, sahsiah,
celik ICT, sesuai dengan potensi diri
dan aspirasi dunia pendidikan
FALSAFAH SEKOLAH
Falsafah
Percaya bahawa setiap pelajar
mempunyai bakat, berpotensi
dan bermatlamat untuk
mencapai kecemerlangan
sekiranya diasuh, dididik
dan dilatih dengan sempurna
untuk melahirkan insan
seimbang seperti yang
dicita-citakan dalam
falsafah pendidikan Negara
Percaya bahawa setiap pelajar
mempunyai bakat, berpotensi
dan bermatlamat untuk
mencapai kecemerlangan
sekiranya diasuh, dididik
dan dilatih dengan sempurna
untuk melahirkan insan
seimbang seperti yang
dicita-citakan dalam
falsafah pendidikan Negara
Subscribe to:
Posts (Atom)